PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN

Authors

  • Nasihah Hashim Universiti Utara Malaysia
  • Ainal Akmar Ahmad Universiti Utara Malaysia

Abstract

Memberi kritikan sememangnya sukar untuk dilaksanakan dengan baik, berkesan dan santun. Kritikan terhasil daripada pengamatan, pentafsiran dan penilaian yang teliti terhadap sesuatu yang dilihat, didengar dan dianalisis. Kritikan sewajarnya, mengandungi penilaian positif dan penilaian negatif. Memberi pujian merupakan salah satu penilaian positif yang lazim diujarkan oleh pengkritik dalam sesuatu kritikan. Pujian hendaklah disampaikan dengan menggunakan kata-kata yang jelas, tepat, sesuai dan santun agar dapat mengekalkan keharmonian komunikasi yang sedang berlangsung. Sesuatu ujaran pujian diujarkan dalam kritikan untuk menzahirkan penghargaan dan kekaguman terhadap keistimewaan, kebolehan dan kekuatan yang dimiliki oleh individu yang dikritik. Pujian boleh diujarkan sama ada dalam bentuk eksplisit mahu pun implisit. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan analisis bentuk dan strategi kesantunan ujaran pujian dalam kritikan juri profesional rancangan realiti televisyen. Analisis dijalankan berdasarkan kerangka pujian Holmes (1986) dan kerangka kesantunan Brown dan Levinson (1987). Hasil kajian mendapati bahawa ujaran pujian yang diujarkan oleh juri menepati ciri-ciri pujian eksplisit dan implisit. Pujian-pujian ekplisit tersebut didapati mengaplikasikan strategi kesantunan berekod tanpa penyesuaian, iaitu strategi kesantunan langsung. Manakala bagi pujian implisit pula mengaplikasikan strategi kesantunan tanpa rekod.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nasihah Hashim, & Ainal Akmar Ahmad. (2024). PUJIAN DALAM KRITIKAN: ANALISIS BENTUK DAN STRATEGI KESANTUNAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2830