PENILAIAN KESESUAIAN KURIKULUM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Abstract
Malaysian Qualification Agency (MQA) (2011) melaporkan bahawa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam seharusnya mempunyai objektif yang khusus serta berfokus kepada program yang ditawarkan. Objektif yang sedia ada dalam kurikulum IPG juga adalah bersifat umum dan dilihat kurang sesuai. Oleh demikian, kajian ini bertujuan menilai dimensi konteks dari aspek kesesuaian kandungan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Responden kajian adalah seramai 315 orang guru praperkhidmatan dari seluruh Institut Pendidikan Guru Malaysia kohort ambilan Januari 2013, Jun 2013, Januari 2014, dan Jun 2014. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Analisis diskriptif menggunakan IBM SPSS Statistics versi 20.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi menggunakan ANOVA satu hala. Hasil kajian mendapati kesesuaian kandungan kurikulum PISMP Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah tinggi (Min=4.57 dan S.P=0.50). Ujian ANOVA satu hala pula menunjukkan terdapat perbezaan antara zon kedudukan IPG. Sungguhpun terdapat perbezaan yang signifikan, perbezaan dalam skor purata adalah kecil. Saiz kesan adalah kecil berdasarkan nilai eta squared=.03. Implikasi kajian menjelaskan tahap kesesuaian kandungan kurikulum yang tinggi sekaligus mampu memberi impak positif kepada guru praperkhidmatan dalam penyediaan diri menjadi seorang guru baharu yang cemerlang serta bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ejen transformasi pendidikan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Zailani Bin Ismail, & Mohamad Khairi Bin Hj. Othman, Ph.D. (2024). PENILAIAN KESESUAIAN KURIKULUM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2831
Issue
Section
Articles