PENGENALPASTIAN IMPAK PENGGUNAAN TEKNIK EKSPLORASI DIGITAL DAN MAYA TERHADAP KEBOLEHCAPAIAN MURID DALAM PENULISAN KARANGAN FAKTA
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau impak penggunaan teknik eksplorasi berasaskan digital dan maya untuk terhadap kebolehcapaian penulisan karangan fakta bagi murid sekolah menengah. Seramai 15 orang murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah dijadikan responden bagi kajian ini. Responden telah ditentukan oleh pihak sekolah menerusi pencapaian akademik yang setara. Kaedah kuasi ekperimen dan analisis karangan digunakan dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Deskriptif adalah dalam min, dan sisihan piawai. Inferensi pula berdasarkan Ujian-t Sampel Berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian pasca dalam karangan fakta. Dapatan juga memaparkan bahawa pengetahuan murid meningkat dari segi penggunaan ayat majmuk yang gramatis dan sebagainya. Ini termasuk perbendaharaan kata dan kesalahan ejaan yang minimum dalam karangan berkenaan. Implikasi kajian ini menuntut supaya murid didedahkan dengan teknik digital dan maya supaya selari dengan hasrat pembestarian pendidikan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Kavitha Ratnam, & Adenan Ayob. (2024). PENGENALPASTIAN IMPAK PENGGUNAAN TEKNIK EKSPLORASI DIGITAL DAN MAYA TERHADAP KEBOLEHCAPAIAN MURID DALAM PENULISAN KARANGAN FAKTA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2837
Issue
Section
Articles