ANALISIS KOHESI DALAM CERPEN KOMPONEN SASTERA DENGAN BERDASARKAN MODEL FAIRCLOUGH

Authors

  • Aefiqah Gitin
  • Adenan Ayob

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek kohesi dan perbandingan kekuatan serta kelemahannya dalam cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dengan menggunakan Analisis Wacana Kritis model Fairclough. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif deskriptif dengan kaedah analisis dokumen oleh pengkaji sebagai sampel. Kajian analisis dan kepustakaan dilaksanakan di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar Tanjung Malim. Dapatan kajian menunjukkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja†memperoleh unit aspek kohesi yang tertinggi iaitu berjumlah 24 berbanding 22 bagi cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbulâ€. Implikasi kajian menjurus kepada penerokaan wacana secara inklusif oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), guru dan pengkaji lain. Cadangan kajian lanjut untuk pengkaji lain adalah supaya memanfaatkan Analisis Wacana Kritis model Fairclough dalam analisis wacana untuk teks pendidikan bahasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Aefiqah Gitin, & Adenan Ayob. (2024). ANALISIS KOHESI DALAM CERPEN KOMPONEN SASTERA DENGAN BERDASARKAN MODEL FAIRCLOUGH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2838