PEMBANGUNAN MODUL ROBOT PERMAINAN TOPIK RESPIRASI SEL MENGGUNAKAN MODEL ADDIE

Authors

  • Muhamad Shakir Saad Universiti Malaysia Sabah
  • Sabariah Sharif Universiti Malaysia Sabah
  • Muralindran Mariappan Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Tajuk respirasi sel mengandungi konsep dan fakta yang abstrak dan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran bagi membolehkan para pelajar dapat mengaitkan konsep-konsep yang abstrak dalam bentuk pemahaman yang komprehensif. Ini membolehkan para pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam topik ini seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam meneruskan proses pembelajaran respirasi sel. Oleh itu, pengkaji telah membangunkan bahan pembelajaran robot berasaskan permainan dalam bentuk modul yang bukan sahaja sebagai platform untuk meningkatkan pencapaian malah kemahiran abad ke-21 dan motivasi pelajar. Modul pembelajaran ini akan menyediakan model konseptual bagi pembelajaran untuk meminimumkan keperluan untuk teknik pembelajaran konvensional yang bersifat verbal terutama dalam topik respirasi sel. Penyelidik telah membangunkan modul robot permainan respirasi sel menggunakan reka bentuk pengajaran ADDIE yang terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Modul ini akan digunakan dalam kalangan pelajar matrikulasi kendalian Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM)

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhamad Shakir Saad, Sabariah Sharif, & Muralindran Mariappan. (2024). PEMBANGUNAN MODUL ROBOT PERMAINAN TOPIK RESPIRASI SEL MENGGUNAKAN MODEL ADDIE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2841