ANALISIS BAHASA BERADAT DARI SUDUT MESEJ TERSIRAT, BENTUK SERTA KAEDAH PENYERAPAN DALAM ISTIADAT MASYARAKAT ADAT PERPATIH DAN TEMENGGONG

Authors

  • Adenan Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nor Sahara Mesman Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis mesej tersirat, bentuk bahasa dan kaedah penyerapan bahasa beradat bagi adat Perpatih dan Temenggong. Seramai empat orang pakar adat, masing-masing dua orang daripada adat Perpatih dan Temenggong telah dipilih sebagai responden. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan dengan berasaskan rakaman temu bual. Kaedah kepustakaan juga digunakan untuk penganalisisan dokumen seperti buku, jurnal dan sebagainya. Dapatan kajian ini yang berasaskan rakaman temu bual dianalisis dengan berpandukan kod verbatim atau tematik. Analisis teks berdasarkan bahan bercetak pula dilakukan untuk mencerap bukti menerusi kajian dokumen atau bahan bertulis. Hasil kajian menunjukkan bahawa mesej tersirat dan bentuk bahasa beradat ditetapkan mengikut kod tema yang tertentu. Dapatan kajian ini juga memaparkan bahawa wujud mesej tersirat dalam adat Perpatih dan Temenggong yang menonjolkan aspek pragmatik kiasan, perbilangan, bidalan, konteks dan melebihi konsep makna serta jarak sosial. Bentuk bahasa beradat pula dikaitkan dengan dialek, idiolek dan dialek kawasan. Bagi dapatan kajian yang menyentuh tentang kaedah penyerapan, fokusnya terarah kepada komunikasi eufemisme, ucapan, panggilan, perlakuan dan pergaulan. Daripada kajian ini, saranan supaya penyelidikan lanjutan dipertimbang untuk diperluas kepada cakupan kajian perbandingan bahasa beradat yang lebih mengkhusus kepada pengamal adat Perpatih dan Temenggong di Malaysia dan Indonesia. Kelangsungan kajian seperti itu pasti menarik kerana bahasa dan budaya dapat diintegrasikan dalam bahasa beradat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adenan Ayob, & Nor Sahara Mesman. (2024). ANALISIS BAHASA BERADAT DARI SUDUT MESEJ TERSIRAT, BENTUK SERTA KAEDAH PENYERAPAN DALAM ISTIADAT MASYARAKAT ADAT PERPATIH DAN TEMENGGONG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2842