PENILAIAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEMBACAAN AWAL

Authors

  • Chee Sook Ching
  • Mahzan Arshad
  • Adenan Ayob

Abstract

Kajian ini bertujuan bertujuan untuk menilai semula pengajaran dan pembelajaran membaca Bahasa Melayu di bilik darjah prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat13 orang pemegang taruh, iaitu sembilan orang guru dan empat orang kanak-kanak di enam buah sekolah yang berlainan yang dipilih secara bertujuan. Data kajian dikumpul menerusi protokol temu bual dan bukti dokumen. Data tersebut dianalisis bagi memperoleh maklumat tentang amalan pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah prasekolah serta elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan untuk membina modul awal membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran konvensional yang diamalkan oleh kebanyakan guru gagal menarik minat kanak-kanak dalam proses pembelajaran awal membaca. Kesimpulannya, guru memerlukan bahan bantu mengajar yang bersesuiaan perkembangan kanak-kanak dengan sokongan sementara yang berpatutan. Elemen-elemen pengajaran yang perlu dimuatkan dalam modul awal membaca melibatkan pengajaran fonik, sokongan sementara dan instrumen penilaian yang autentik. Implikasinya modul MUZKAN wajar dibina untuk meningkatkan penguasaan bacaan awal kanak-kanak prasekolah dalam Bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chee Sook Ching, Mahzan Arshad, & Adenan Ayob. (2024). PENILAIAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEMBACAAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2844