PERSEPSI GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PROSES PENJANAAN MINDA DALAM PENGAJARAN KARANGAN BERASASKAN BAHAN MULTIMEDIA
Abstract
Transformasi pengajaran karangan yang menjurus kepada bahan multimedia teks dan grafik perlu banyak berkisar kepada penerapan penjanaan minda. Dalam pengadaptasian proses konstruktivisme, aspek inkuiri dan pembinaan minda dianggap asas bagi guru dalam pengajaran. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk meninjau persepsi inkuiri dan pembinaan minda bagi guru Bahasa Melayu sekolah menengah yang mengadaptasikan proses penjanaan minda dalam pengajaran penulisan karangan fakta berasaskan bahan multimedia teks dan grafik. Dalam penyelidikan yang berasaskan reka bentuk kuantitatif ini, kaedah tinjauan digunakan dengan berpandukan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi inkuiri dengan pembinaan minda. Daripada kajian ini, guru Bahasa Melayu wajar mempunyai persepsi inkuiri dan pembinaan minda dalam pengajaran yang melibatkan kemahiran-kemahiran lain pula bagi Bahasa Melayu. Bagi bahan multimedia yang dikaji, perlu berfokus kepada elemen-elemen multimedia yang diintegrasikan; teks, grafik, audio, animasi dan audio.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Adenan Ayob. (2024). PERSEPSI GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PROSES PENJANAAN MINDA DALAM PENGAJARAN KARANGAN BERASASKAN BAHAN MULTIMEDIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2845
Issue
Section
Articles