ANALISIS FAEDAH INTEGRITI BAHASA MELAYU DALAM PENJANAAN INTEGRASI NASIONAL

Authors

  • Adenan Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Integriti bahasa Melayu adalah penting diterapkan dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat khususnya yang berkait rapat dengan penjanaan integrasi nasional. Para sarjana bidang psikolinguistik telah menjalankan kajian terhadap integriti bahasa dengan cara mengesan proses minda atau otak manusia memperoleh, memahami, menyimpan dan menerbit atau menghasilkannya. Objektif pertama kajian ini adalah untuk menganalisis integriti bahasa Melayu terhadap penjanaan integrasi nasional. Objektif kedua pula adalah untuk mengenal pasti cara yang sesuai untuk meningkatkan integriti bahasa Melayu sebagai asas budaya terhadap penjanaan integrasi nasional. Kaedah analisis kandungan digunakan dengan berasaskan reka bentuk kajian kualitatif digunakan untuk menjawab soalan kajian ini. Analisis pendapat tokoh-tokoh bahasa, budaya dan kebudayaan dilakukan dengan merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku dan laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integriti bahasa Melayu menjadi teras utama dalam penjanaan integrasi nasional menerusi konteks perhubungan serta persefahaman antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Dasar-dasar yang dibentuk oleh pemerintah adalah amat penting dalam memastikan integriti bahasa Melayu sentiasa dinobatkan sebagai bahasa tertinggi dalam komunikasi. Saranan yang penting ke arah lonjakan integriti bahasa Melayu adalah dengan memperteguh kebudayaan kebangsaan dari aspek penghasilannya, di samping memperjelas kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adenan Ayob. (2024). ANALISIS FAEDAH INTEGRITI BAHASA MELAYU DALAM PENJANAAN INTEGRASI NASIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2846