MANIPULASI KEBOLEHCAPAIAN MURID DALAM GAYA BAHASA BERASASKAN TEKS INTERAKTIF PERMAINAN BAHASA

Authors

  • Adenan Ayob

Abstract

Perkembangan dan perubahan teknologi pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia menjanjikan potensi yang besar dalam melonjak cara murid belajar dan mengakses maklumat yang penting. Dalam hal ini, teknologi multimedia interaktif juga menyediakan pelbagai peluang untuk murid dan guru menggunakan bahan inovatif dan kreatif dalam gaya bahasa cerpen. Murid perlu diberi peluang untuk mencerna dan mengawal kepentingan sesi pembelajaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehcapaian murid sebelum dan selepas menggunakan permainan bahasa Melayu berasaskan teks interaktif dalam gaya bahasa cerpen. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini untuk meneroka kebolehcapaian muird dengan berdasarkan ujian pra dan pasca. Sampel kajian adalah sebanyak 30 orang murid sekolah menengah. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik Ujian-t Sampel Berpasangan digunakan untuk meninjau perbezaan min. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara ujian pra dan pasca murid. Dicadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperhebat permainan bahasa dalam persekitaran multimedia untuk pengajaran gaya bahasa bagi cerpen

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adenan Ayob. (2024). MANIPULASI KEBOLEHCAPAIAN MURID DALAM GAYA BAHASA BERASASKAN TEKS INTERAKTIF PERMAINAN BAHASA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2849