INTERPRETASI HUBUNGAN PEMBELAJARAN TERARAH KENDIRI DENGAN KEBOLEHCAPAIAN KOGNITIF BERASASKAN FAHAMAN KONSTRUKTIVIS

Authors

  • Adenan Ayob
  • Nazri Abu Bakar

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan bertujuan menghubungkan pembelajaran terarah kendiri dengan kebolehcapaian kognitif berasaskan pendekatan konstruktivisme. Pembelajaran terarah kendiri memperlihatkan aspek motivasi yang menjadi penggerak bagi murid untuk bertindak aktif dalam pembelajaran. Unsur kebolehcapaianan kognitif pula memanipulasikan tindakan murid untuk membina pengetahuan dalam proses pembelajaran penulisan karangan. Pembelajaran terarah kendiri diklasifikasikan kepada lima elemen utama yang menjadi pencetus rangsangan untuk murid berfikir dalam penulisan karangan fakta. Ini termasuk penerapan tanggungjawab dan motivasi; persepsi terhadap guru; faktor persekitaran; sokongan dan ganjaran. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik adalah menerusi edaran kepada sampel kajian, iaitu 30 orang guru. Data dianalisis dengan menggunakan Kolerasi Pearson untuk mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran terarah kendiri dengan kebolehcapaian kognitif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembelajaran terarah kendiri dengan kebolehcapaian kognitif berasaskan pendekatan konstruktivisme. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pembelajaran terarah kendiri dan aspek kebolehcapaian kognitif perlu diberikan tumpuan dan penegasan oleh guru Bahasa Melayu dalam mengajarkan penulisan karangan fakta dengan berasaskan pendekatan konstruktivisme. Dicadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu mengaplikasikan gaya terarah kendiri dan kebolehcapaian kognitif berasaskan pendekatan konstruktivisme dalam penulisan karangan fakta. Tujuan dan aspirasinya adalah untuk memenuhi matlamat pendidikan pada alaf yang ke-21 ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adenan Ayob, & Nazri Abu Bakar. (2024). INTERPRETASI HUBUNGAN PEMBELAJARAN TERARAH KENDIRI DENGAN KEBOLEHCAPAIAN KOGNITIF BERASASKAN FAHAMAN KONSTRUKTIVIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2851