KECERDASAN EMOSI DENGAN ADJUSTMENT (PENYESUAIAN) DALAM KALANGAN PELAJAR ASASI PINTAR, UKM
Abstract
Kemahiran kecerdasan emosi dan adjustment menjadi faktor kepada pembentukan personaliti dan kecemerlangan pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian kajian ini memfokuskan kepada mengenalpasti tahap kecerdasan emosi, tahap adjustment dan hubungan di antara keduanya dalam kalangan pelajar asasi pintar, UKM. Responden kajian adalah dalam kalangan 105 orang pelajar asasi pintar, UKM. Instrumen Emotional Intelligence Questionaire-Self Assessment yang komponen asalnya adalah dari Goleman (1998), kemudiannya diubahsuai oleh Consortium For Research On Emotional Intelligence oleh Belinda Davies digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi manakala instrument Student Adaptation to College (SACQ) by Baker & Siryk, (1984) digunakan untuk mengukur tahap adjustment pelajar asasi pintar, UKM. Hasil ujian rintis ke atas 30 orang pelajar asasi pintar menunjukkan nilai Cronbach alpha bagi instrumen adjustment adalah 0.882 dan manakala instrumen emotional intelligence 0.969. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap adjustment pelajar asasi pintar keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min (5.39). Tahap kecerdasan emosi pelajar asasi pintar juga secara keseluruhannya berada ditahap yang tinggi dengan nilai min 3.72. Tahap kecerdasan emosi berdasarkan komponen utama menunjukkan skor min berada ditahap yang tinggi bagi komponen Self Awareness ( 3.75), Self Regulation (3.69),Self Motivation (3.73), Social Awareness (3.87) manakala komponen social skills berada ditahap yang sederhana iaitu (3.64)Tahap kecerdasan emosi berdasarkan sub komponen juga menunjukkan tahap yang tinggi bagi sub komponen iaitu emotional awareness(3.83 ), Accurate Self Awareness (3.91 ),Trustworthiness (3.87 ), Conscientiousness (3.78 ), Achievement Drive (3.92 ), Commitment (3.81 ), Empathy (4.10 ), Service Orientation (3.91 ), Developing Others ( 3.80), Leveraging Diversity ( 4.10),Coomunication ( 3.83 ), Building Bonds ( 3.70), Collaboration and Cooperation (3.90 ) dan Team capabilities (3.77) manakala sub komponen Self Confidence (3.41),Self Control (3.51), Adaptibility (3.63 ), Innovativeness ( 3.62), Initiative ( 3.55), Optimism ( 3.57), Political Awareness (3.48 ),Influence (3.40 ), Leadership ( 3.48), Change Catalyst ( 3.48), Conflict management (3.55 ) berada ditahap yang sederhana.Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi diantara Kecerdasan emosi dengan adjustment dengan nilai signifikan 0.000 (P<0.05). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara domain utama kecerdasan emosi iaitu Social Skills, Self Motivation, Self Awareness, Self Regulation dan Social Awareness dengan adjustmentDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda, & Rorlinda Binti Yusof. (2024). KECERDASAN EMOSI DENGAN ADJUSTMENT (PENYESUAIAN) DALAM KALANGAN PELAJAR ASASI PINTAR, UKM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2854
Issue
Section
Articles