PERPADUAN DALAM SENI LUKIS KARTUN: ANALISIS SEMIOTIK

Authors

  • Norzaliza Ghazali Universiti Utara Malaysia
  • Maizatul Azura Haji Yahya Universiti Malaya
  • Ainal Akmar Haji Ahmad Universiti Malaya
  • Fatinah Zainon Universiti Utara Malaysia

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya serta memiliki ciri-ciri yang unik dan berbeza antara satu sama lain. Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan perpaduan. Dalam hal ini, kartunis juga boleh memainkan peranan penting untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat menerusi kartun yang dihasilkan ke arah pemupukan perpaduan nasional. Walaupun kartun hanya paparan gambar yang tidak bergerak, namun ia dapat membentuk satu jalinan cerita melalui gabungan elemen latar, watak, plot dan peristiwa yang dapat menggambarkan senario masyarakat di Malaysia. Fungsi kata-kata dalam kartun adalah untuk menjelaskan, melengkapi, dan memperincikan penyampaian gambar dan teks sehingga membentuk satu kesatuan cerita atau dikenali sebagai naratif. Naratif berfungsi sebagai alat komunikasi dan pemahaman tentang dunia pemikiran pengkarya. Naratif memberi tumpuan ke atas cerita yang disampaikan oleh pencerita untuk mendapat makna daripada pengalaman hidup harian kita. Manakala semiotik adalah ilmu tentang lambang (sign), fungsi lambang, dan makna daripada lambang. Lambang adalah sesuatu yang berbeza mengikut persepsi masing-masing. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis terhadap korpus terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek kepelbagaian kaum dan kemajmukan budaya yang menjadi latar dan intipati kepada karya kartun di Malaysia. Elemen-elemen kebudayaan dan warisan tradisi dan ceritera masyarakat di Malaysia dilakarkan dengan sempurna dalam karya kartun yang dikaji.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norzaliza Ghazali, Maizatul Azura Haji Yahya, Ainal Akmar Haji Ahmad, & Fatinah Zainon. (2024). PERPADUAN DALAM SENI LUKIS KARTUN: ANALISIS SEMIOTIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2856