PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM BAHASA TEMIAR: SATU ANALISIS FONOLOGI STRUKTURAL

Authors

  • Riduan Makhtar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Nurliyana SM Soflee Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Sharifudin Yusop Universiti Putra Malaysia
  • Abd Ganing Laengkang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstract

Bahasa orang Asli Temiar adalah bahasa yang dituturkan oleh suku kaum atau bangsa orang asli yang terdapat di Malaysia. Penuturnya merupakan penduduk peribumi yang mendiami Persekutuan Malaysia dan memiliki jumlah yang minorit. Kelompok suku kaum Senoi terdiri daripada enam bangsa iaitu Temiar, Semai, Semoq Beri, Jahut, Mah Meri, dan Che Wong. Makalah ini ini membicarakan penelitian terhadap pengaruh dialek Kelantan di dalam Bahasa Temiar sahaja. Fokus utama kajian ini adalah mengkaji penggunaan dialek Kelantan yang wujud di dalam bahasa Termiar. Pendekatan struktural telah dimanfaaatkan dalam menghuraikan hasil data. Kaedah kajian lapangan huluan telah digunakan dalam memperoleh data primer di kawasan kajian iaitu Perkampungan Orang Asli Temiar Gua Musang, Kelantan. Informan kajian terdiri daripada penduduk kampung Kampung Merlong, Kuala Betis Gua Musang Kelantan (di kawasan Hulu Sungai Kelantan. Data dikumpulkan menerusi teknik temu bual dan rakaman yang seterusnya ditranskripsikan dengan menggunakan International Phonetic Alphabet (IPA). Hasil analisis yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa dialek Kelantan telah mengalami penyerapan dalam bahasa Temiar yang merangkumi perkara teknologi, binatang, tumbuhan, pakaian dan lain-lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Riduan Makhtar, Nurliyana SM Soflee, Mohd Sharifudin Yusop, & Abd Ganing Laengkang. (2024). PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM BAHASA TEMIAR: SATU ANALISIS FONOLOGI STRUKTURAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2857