CABARAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH DI DAERAH BINTULU SARAWAK
Keywords:
Reka Bentuk dan Teknologi, Peruntukkan Masa, Modul Tambahan, Kelengkapan Peralatan BengkelAbstract
Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah bertunjangkan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan mempunyai teori dan aplikasi yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Kajian ini dilaksanakan di bahagian Bintulu melibatkan tiga buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu PPD Tatau, PPD Bintulu dan PPD Belaga yang melibatkan guru-guru sekolah rendah yang mengajar RBT dan menggunakan kutipan secara soal selidik dalam talian dan dianalisis secara deskriptif. Analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa tiga konstruk berada pada tahap yang tinggi bagi pengetahuan dan pelaksanaan kurikulum RBT m=4.65, peruntukkan masa bagi pelaksanaan projek m=4.37, keperluan adanya modul tambahan bagi menyokong pengajaran subjek RBT m=4.25 kecuali konsrtuk kelengkapan peralatan dalam bengkel bagi melaksanakan projek m=3.5. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kurikulum subjek RBT perlu diperkembangkan dan diperkemaskan bagi memastikan subjek ini boleh dipelajari dengan lebih baik pada masa hadapan.