PENGLIBATAN IBU BAPA, SOKONGAN SOSIAL DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI REMAJA
Abstract
Penglibatan ibu bapa dan sokongan sosial didapati mempunyai pengaruh yang penting ke atas kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk menentukan adakah penyataan di atas benar untuk remaja yang tinggal di Lahad Datu, Sabah. Instrumen Parental Involvement Questionnaire, Multidimensional Scale of Perceived Social Support dan Ryff’s Psychological Well Being telah digunakan untuk mengukur variabel dalam kajian. Hasil kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa mempunyai perkaitan signifikan yang positif dengan kesejahteraan psikologi remaja. Namun, sokongan sosial tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kesejahteraan psikologi remaja. Remaja lelaki dan perempuan dalam kajian ini mempunyai persepsi yang sama terhadap penglibatan ibu bapa, sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini menyimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi remajaDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zarinah Arshat, & Rozana Japara. (2024). PENGLIBATAN IBU BAPA, SOKONGAN SOSIAL DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI REMAJA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2861
Issue
Section
Articles