PENILAIAN TINGKAH LAKU NAZIR SEKOLAH BAHARU DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN TAHAP KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN
Abstract
Kajian penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tingkah laku Nazir Sekolah Baharu di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membuat pertimbangan tahap kualiti institusi pendidikan. Kaedah tinjauan digunakan ke atas 84 responden yang terdiri daripada Nazir Sekolah Baharu kohort 2011 hingga 2014 dan telah menghadiri Kursus Orientasi Penaziran dan Program Mentor Mentee dengan menjawab instrumen soal selidik berkaitan aspek membuat pertimbangan semasa melaksanakan tugasan penaziran. Sejumlah tiga Nazir Sekolah Baharu juga ditemu bual bagi mendapatkan pandangan berkaitan aspek perubahan tingkah laku setelah mengikuti Kursus Orientasi Penaziran dan Program Mentor Mentee. Dapatan kajian menunjukkan tahap tingkah laku Nazir Sekolah Baharu dalam aspek membuat pertimbangan semasa melaksanakan tugasan penaziran secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi. Daripada sepuluh item berkaitan aspek membuat pertimbangan, didapati item menentukan maklumat yang sahih untuk mengelak daripada timbulnya ralat pemeriksa memperoleh skor min tertinggi. Manakala item risiko ketidakpastian yang mungkin terhasil dari keputusan yang diambil mencatatkan skor min terendah. Dapatan kajian menunjukkan Nazir Sekolah Baharu berjaya mengamalkan sikap yang membentuk tingkah laku positif dalam tugasan penaziran setelah mengikuti Kursus Orientasi Penaziran dan Program Mentor Mentee. Ini menunjukkan Nazir Sekolah Baharu berupaya dan berkeyakinan dalam membuat pertimbangan secara profesional berdasarkan fakta yang tepat dan relevan selari dengan etika penaziran JNJK. Namun, risiko ketidakpastian yang mungkin terhasil dari keputusan yang diambil merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani secara profesional oleh Nazir Sekolah Baharu. Implikasi kajian mencadangkan agar Kursus Orientasi Penaziran dan Program Mentor Mentee diteruskan dengan menambah elemen-elemen latihan dalam membuat pertimbangan untuk memantapkan lagi tahap profesionalisme Nazir Sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Wan Huzaini Bin Wan Husain, & Norasmah Binti Othman. (2024). PENILAIAN TINGKAH LAKU NAZIR SEKOLAH BAHARU DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN TAHAP KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2881
Issue
Section
Articles