PENDEKATAN PENGAJARAN ILMU BALAGHAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA
Abstract
Balaghah merupakan salah satu komponen utama dalam kesusasteraan Arab yang wajib diambil oleh pelajar jurusan Bahasa Arab sama ada sebagai subjek major, minor, wajib atau elektif dalam sesebuah institusi. Tambahan pula, ia merupakan elemen penting dalam proses penguasaaan Bahasa Arab dengan baik. Namun begitu, kegagalan pelajar dalam menguasai subjek ini dengan baik menjadi satu isu dimana ketiadaan modul Balaghah yang khusus untuk para pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran ilmu Balaghah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memandangkan ianya merupakan subjek yang kritikal dan perlu dikuasai oleh pelajar mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh universiti. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan modul pembelajaran subjek Balaghah yang sedia ada di IPTA Malaysia. Berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual separa berstruktur ke atas 13 orang pensyarah Bahasa Arab di seluruh IPTA Malaysia mendapati bahawa kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu balaghah berada pada tahap yang lemah kerana pendekatan, strategi dan metode pengajarannya kurang efektif dan sesuai di kalangan pelajar IPTA. Hasil kajian juga mendapati bahawa para pensyarah bersetuju sekiranya lima kedah pengajaran dan pendekatan berpusatkan murid digunakan dalam pengajaran modul balaghah. Maka dengan itu,satu pendekatan pengajaran yang berkesan perlu dirangka dan disusun semula agar objektif pengajaran dan pembelajaran ilmu balaghah ini tercapai.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Syukri Abdul Rahman, phd, Muhammad Daoh PhD, Muhammad Redzauddin Ghazali, Mohd Rufian Ismail, Mohd Izzudin Mohd Pisol, & Nurfida’iy Salahuddin. (2024). PENDEKATAN PENGAJARAN ILMU BALAGHAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2882
Issue
Section
Articles