KAJIAN PENGAJARAN SEBAGAI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN MELALUI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Abstract
Kajian ini adalah kajian kes kualitatif. Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman guru Bahasa Melayu tentang Kajian Pengajaran sebagai Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan melalui Komuniti Pembelajaran Profesional. Kajian kes kualitatif ini melibatkan dua belas orang guru Bahasa Melayu yang dipilih secara pensampelan bertujuan daripada enam buah sekolah menengah di Sarawak. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, manakala instrumen kajian adalah protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, analisis dokumen dan nota lapangan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap pelaksanaan kitaran Kajian Pengajaran sebanyak 120 pusingan dalam tempoh masa lebih kurang sembilan bulan. Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, data kajian dinilai melalui proses kajian rintis, triangulasi data, pengesahan peserta kajian, penilaian rakan, jejak audit, nota lapangan, serta berasaskan nilai indeks persetujuan Cohen Kappa, iaitu 0.89. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.5.16 secara pengekodan terbuka. Dapatan kajian telah mengenal pasti bahawa terdapat lima perkara penting berkaitan kefahaman guru tentang Kajian Pengajaran sebagai program Pembangunan Profesionalisme Berterusan, iaitu penambahbaikan RPH, peningkatan kualiti perkongsian ilmu, manfaat kehadiran Pakar Rujuk, pembudayaan amalan kolaboratif, dan peningkatan profesionalisme guru. Implikasi kajian ini dipercayai memberi kesan terhadap perkembangan ilmu dan teori dalam institusi bahasa Dapatan kajian diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada penggubal dasar, sorotan literatur, serta amalan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa MelayuDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nur Ain Elzira Abdullah, Zamri Mahamod, & Nur Aishah Abdullah. (2024). KAJIAN PENGAJARAN SEBAGAI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN MELALUI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2884
Issue
Section
Articles