MODUL PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN BERASASKAN MODEL KUALITI KAIZEN

Authors

  • Norazlinda Saad Universiti Utara Malaysia
  • Surendran Sankaran Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Kerelevanan dan Kesesuaian dengan persepsi guru terhadap kualiti Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat. Kajian berbentuk kuasieksperimen ini melibatkan kumpulan eksperimen yang menggunakan Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru yang sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Seramai 60 orang guru dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan item-item untuk soal selidik diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan tinjauan literatur. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa yang tinggi (0.90). Sesi latihan menggunakan Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu Min dan Sisihan Piawa dan statistik inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kerelevanan dan Kesesuaian Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan mempunyai min yang tinggi. Variabel Bersandar juga menunjukkan min keseluruhan Program Pembangunan Profesionalisme Keguruan adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa variabel Kerelevanan dan Kesesuaian mempunyai hubungan yang signifikan dan kuat dengan persepsi guru terhadap kualiti Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang sesuai dan relevan amat diperlukan untuk menambahbaik kemahiran PdPC bagi menjayakan transformasi pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norazlinda Saad, & Surendran Sankaran. (2024). MODUL PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN BERASASKAN MODEL KUALITI KAIZEN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2897