METAFORA BUNGA KIAMBANG DALAM PANTUN MELAYU BERDASARKAN TEORI RELEVANS DAN RANGKA RUJUK SILANG
Abstract
Pantun Melayu adalah ungkapan berkias masyarakat dahulu. Pantun juga adalah cerminan pemikiran, akal budi serta falsafah bangsa Melayu yang terangkum dalam nilai estetika budaya Melayu sebagai penutur yang berhemah bagi menyampaikan maksud tertentu. Kajian ini melihat metafora bunga kiambang yang digarap menjadi bait-bait pantun Melayu sebagai kuplet-kuplet pembayang atau maksud. Data kajian ini berdasarkan Karya Agung pantun Melayu yang berjudul Bingkisan Permata koleksi Harun Mat Piah (2007) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kajian ini merupakan kajian analisis teks, menganalisis metafora bunga kiambang daripada empat subtopik, iaitu Bingkis Pemula, Bingkis Bicara, Bingkis Kasih dan Bingkis Penutup dari sudut semantik leksikal yang jelas memaparkan nilai adat, akal budi Melayu dalam pantun. Berdasarkan kajian ini, terdapat siratan makna yang lebih mendalam berkaitan interpretasi bunga kiambang dalam pantun Melayu yang dapat digarap menerusi kaedah Teori Relevans(TR)dan Rangka Rujuk Silang (RRS).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zarina Tajuddin, & Anida Saruddin. (2024). METAFORA BUNGA KIAMBANG DALAM PANTUN MELAYU BERDASARKAN TEORI RELEVANS DAN RANGKA RUJUK SILANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2898
Issue
Section
Articles