BAHASA PASAR DALAM NOVEL IMAM: SUATU ANALISIS VARIASI BAHASA

Authors

  • Melor Fauzita Binti Md. Yusoff, Phd Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Nor Hasimah Ismail, Phd Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Sharif Shah Bani Bin Sharif Hamid Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia untuk berhubung. Terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan bagi mengeratkan hubungan serta mengharmonikan masyarakat. Terdapat pelbagai variasi bahasa yang wujud hasil daripada kepelbagaian pengguna dan penggunaan bahasa di Malaysia. Salah satu daripada kepelbagaian bahasa yang wujud di Malaysia ialah bahasa pasar. Bahasa pasar secara umumnya bermula apabila ada pertembungan yang berlaku di antara kumpulan yang tidak mempunyai satu bahasa perantaraan yang diketahui oleh kedua-dua pihak. Di Malaysia, bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang mengandungi beberapa bunyi, aturan nahu dan sejumlah kata yang bukan asli bagi bahasa itu seperti kata daripada bahasa Cina dan Tamil. Kajian ini meneliti penggunaan bahasa pasar dalam novel Imam karya Sasterawan Negara Malaysia, Abdullah Hussain. Tumpuan diberikan kepada unsur-unsur bahasa pasar yang diaplikasikan penggunaannya dalam kalangan masyarakat melalui novel tersebut. Kaedah analisis teks digunakan dengan melakukan pembacaan secara teliti terhadap teks, diikuti dengan penelitian terhadap watak bagi menjelaskan lagi kesesuaian bahasa pasar yang digunakan mengikut konteks. Unsur bahasa pasar diguna sebagai garis panduan untuk menganalisis bahasa ini. Dapatan dipersembahkan dalam bentuk petikan ayat bagi memudahkan penerangan dan penjelasan, di samping penggunaan jadual sebagai cara untuk memudahkan pemahaman pembaca. Dapatan mendapati sememangnya terdapat penggunaan unsur bahasa pasar dalam kalangan penutur yang berbilang kaum dalam novel ini yang secara tidak langsung menggambarkan realiti penggunaan bahasa masyarakat. Unsur bahasa pasar ini dapat dilihat melalui penggunaan kata ganti nama diri orang, penggunaan kata 'banyak' sebagai kata penguat, kekerapan penggunaan kata 'punya', pengabaian hukum D-M dan penggunaan ayat yang tidak gramatis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Melor Fauzita Binti Md. Yusoff, Phd, Nor Hasimah Ismail, Phd, & Sharif Shah Bani Bin Sharif Hamid. (2024). BAHASA PASAR DALAM NOVEL IMAM: SUATU ANALISIS VARIASI BAHASA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2899