PENGAPLIKASIAN MODUL PENGAJARAN BERASASKAN INTERACTIVE LECTURE DALAM KALANGAN PELAJAR
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaplikasian Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam kalangan pelajar kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini melibatkan kumpulan eksperimen yang menggunakan Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture. Populasi kajian ini adalah pelajar kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Persampelan bertujuan digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan item-item untuk soal selidik diadaptasikan dari kajian lepas dan tinjauan literatur. Sesi pengajaran menggunakan Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture dilaksanakan kepada kumpulan eksperimen. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan pengujan dibuat dari aspek Dimensi Reka Bentuk, Penilaian Terhadap Pengajar, Kandungan dan Penilaian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi Penilaian mempunyai min yang paling tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Min Keseluruhan Pengaplikasian Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam PdPc adalah tinggi. Manakala dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan pengaplikasian Modul Pengajaran Interactive Lecture berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa untuk meningkatkan tahap Pengaplikasian Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi Penilaian Terhadap Pengajar. dimensi Kandungan dan dimensi Penilaian perlu dipertingkatkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Surendran Sankaran, & Norazlinda Saad. (2024). PENGAPLIKASIAN MODUL PENGAJARAN BERASASKAN INTERACTIVE LECTURE DALAM KALANGAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2900
Issue
Section
Articles