EUFEMISME DALAM KERANGKA LINGUISTIK: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • A.Balakrishnan Universiti Utara Malaysia
  • Mashetoh Abd Mutalib Universiti Utara Malaysia
  • Melor Fauzita Md. Yusoff Universiti Utara Malaysia

Abstract

Eufemisme berfungsi sebagai penebat komunikasi yang menjaga keharmonian dalam melangsungkan suatu perbicaraan. Penggunaan eufemisme sangat maslahat dalam menjaga air muka, tidak menyinggung perasaan dan juga kecekapan berbahasa. Berdasarkan sorotan karya, ke banyakkan kajian eufemisme tertumpu kepada penggunaan bahasa dalam terjemahan, psikologi, pragmatik dan kerangka linguistik. Walau bagaimanapun, kajian eufemisme menunjukkan ketidakseimbangan dari segi penggunaan bahasa kerangka linguistik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menyelisik penggunaan bahasa eufemisme dalam kerangka linguistik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan kajian hanya memberi penumpuan kepada eufemisme dalam penggunaan bahasa kerangka linguistik aspek morfologi, sintaksis seperti kata, frasa dan ayat berbanding aspek semantik yang merangkumi unsur eufemisme dengan lebih terperinci seperti sinonim, metafora, polisemi konotasi, dan juga makna. Malahan, kurang kajian lepas yang menggabungkan eufemisme dari aspek morfologi, sintaksis dan juga semantik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

A.Balakrishnan, Mashetoh Abd Mutalib, & Melor Fauzita Md. Yusoff. (2024). EUFEMISME DALAM KERANGKA LINGUISTIK: SATU TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2902