DIALEK SEBAGAI IDENTITI PENUTUR DALAM BAHASA MELAYU LISAN

Authors

  • Mashetoh Abd. Mutalib Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia

Abstract

Bahasa dan identiti tidak boleh dipisahkan kerana melalui bahasa akan wujudnya identiti penutur berkenaan. Bahasa juga memainkan peranan yang maha penting kepada masyarakat selain untuk berkomunikasi. Selain itu, dengan bahasa membolehkan penutur tersebut dikenal pasti identitinya walaupun dengan satu fonem sahaja kita dapat mengetahui daripada mana asalnya penutur berkenaan, yang dipanggil sebagai dialek. Sebenarnya, pengkajian mengenai dialek telah banyak dilakukan kerana negara kita sangat kaya dengan dialek kenegerian masing-masing. Tetapi pengkajian mengenai dialek Kedah yang dipertalikan dengan identiti penutur terutamanya remaja tidak banyak dilakukan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis dan membandingkan aksen bukan standard dalam bahasa Melayu lisan dari perspektif jantina. Kajian ini menerapkan pendekatan dialektologi bandar yang dipelopori Labov (1966), Trudgill (1974) dan Idris (1995) dengan beberapa pengubahsuaian. Kajian ini juga menggunakan teknik temu bual atau gaya wawancara (GW) yang dilakukan terhadap 20 orang informan, iaitu 10 remaja lelaki dan 10 remaja perempuan di bandar raya Alor Setar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan perempuan lebih menonjol dalam pengekalan identiti mereka berbanding dengan remaja lelaki yang lebih menonjol ke arah aksen standard.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mashetoh Abd. Mutalib. (2024). DIALEK SEBAGAI IDENTITI PENUTUR DALAM BAHASA MELAYU LISAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2907