PENGARUH KETAHANAN IBU TUNGGAL TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGIKAL IBU TUNGGAL

Authors

  • Farah Adibah Ibrahim Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Faizah Abd Ghani Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Kajian ini mengkaji peranan ketahanan diri dalam merangsang kesejahteraan psikologikal ibu tunggal. Seramai 164 ibu tunggal di Johor yang dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan persampelan rawak berkelompok. Soal selidik Resilience Scale for Adult (RSA) digunakan dalam kajian ini bagi mengukur ketahanan diri dalam kalangan ibu tunggal manakala soal selidik Psychological Well-Being (PWB) digunakan bagi mengukur kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu tunggal dan tindakbalasnya terhadap enam dimensi kesejahteraan psikologikal. Data dianalisis menggunakan SPSS di mana analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan demografi ibu tunggal dan tahap-tahap bagi ketahanan diri dan kesejahteraan ibu tunggal, manakala data inferensi kolerasi (Pearson) digunakan untuk menjelaskan pengaruh ketahanan diri terhadap kesejahteraan psikologikal ibu tunggal. Dapatan kajian menunjukkan hubungan ketahanan diri terhadap empat pembolehubah kesejahteraan psikologikal berada di tahap sederhana iaitu pembolehubah perkembangan peribadi (r = .482), penerimaan diri (r=.462), penguasaan persekitaran (r=.408), dan hubungan positif (r=367). Manakala dua pemboleh ubah yang lain iaitu tujuan kehidupan (r=.200) dan autonomi (r=.120) berada di tahap yang rendah atau lemah. Implikasi kajian turut dibincangkan dan dicadangkan kajian seterusnya diperluaskan dan berfokus kepada kawasan bandar dan luar bandar terutamanya dalam pengagihan sumber-sumber yang mempengaruhi pemerkasaan ibu tunggal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Farah Adibah Ibrahim, & Faizah Abd Ghani. (2024). PENGARUH KETAHANAN IBU TUNGGAL TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGIKAL IBU TUNGGAL . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2910