KESALAHAN EJAAN: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

Authors

  • Ainal Akmar Ahmad Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah
  • Maizatul Azura Yahya Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah
  • Nasihah Hashim Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah
  • Hamizah Ahmad Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah

Abstract

Manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan kerana setiap hari manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyebabkan makanan juga turut bervariasi. Bagi memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia untuk menikmati makanan muncullah pelbagai restoran dan kedai makan yang menawarkan pelbagai menu makanan. Tujuan penggunaan menu ini ialah untuk mengenalkan jenis-jenis masakan kepada pelanggan dan memudahkan pelanggan menempah makanan yang disukai mereka. Menu-menu makanan ini akan diletakkan di atas meja atau di hadapan premis perniagaan masing-masing. Namun begitu, dalam kerancakan peniaga menyediakan menu makanan yang pelbagai ini mereka telah mengabaikan aspek ejaan pada menu-menu yang disediakan. Terdapat pelbagai ejaan yang dieja pada makanan yang disajikan. Situasi ini boleh mengelirukan pelanggan tentang ejaan yang yang betul mengikut sistem ejaan bahasa Melayu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti dan menganalisis kesalahan ejaan pada menu makanan. Analisis dibuat mengikut ejaan daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Hasil analisis mendapati terdapat pelbagai kesalahan ejaan pada menu-menu yang disediakan oleh restoran atau kedai makan. Antara kesalahan utama yang sering dilakukan ialah ejaan kuetiau, mi, bihun, tomyam, sate, tauge dan taucu. Bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa maka langkah-langkah pengawalan perlu dilakukan oleh pihak-pihak berwajib. Tujuannya supaya peniaga mahupun pemilik restoran Melayu terutamanya perlu lebih peka terhadap aspek ejaan pada menu makanan mereka untuk mengelakkan kesalahan ejaan yang boleh menjejaskan imej bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim, & Hamizah Ahmad. (2024). KESALAHAN EJAAN: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2917