TAHAP KESEDARAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN ENAM DALAM BIDANG PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Authors

  • Azlina Paijan Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak
  • Zaliza Hanapi Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak

Abstract

Proses perancangan kerjaya merupakan suatu proses yang berterusan bagi kebanyakan individu untuk memudahkan membuat pemilihan dalam kerjaya. Pemilihan kerjaya yang baik apabila ia berlaku melalui kesedaran individu itu sendiri, bersesuaian dengan minat, kebolehan, kemahiran dan personalitinya. Justeru itu, kesedaran kerjaya merupakan perkara penting pada pelajar bagi menentukan hala tuju pelajar yang lebih jelas terutama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Bidang PTV dilihat sebagai suatu bidang yang mempunyai peluang dan masa depan yang cerah dengan mensasarkan 1.5 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Namun begitu sejauh mana, kesedaran kerjaya ini dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kerjaya pelajar Tingkatan Enam dalam pemilihan kerjaya dalam bidang PTV. Sampel kajian terdiri daripada 399 orang responden yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Kolej Tingkatan Enam Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Analisis data menggunakan IBM SPSS Statistic versi 22.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran kerjaya pelajar ini adalah tinggi (skor min = 3.68, SP= 074).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Azlina Paijan, & Zaliza Hanapi. (2024). TAHAP KESEDARAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN ENAM DALAM BIDANG PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2919