KAJIAN KERELEVANAN PENDIDIKAN KETAMADUNAN (SUBJEK MATAPELAJARAN UMUM: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA - TITAS) DI SALAH SEBUAH UNIVERSITI SWASTA, SELANGOR
Abstract
Pendidikan ketamadunan, iaitu subjek matapelajaran umum; Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dirasakan amat penting bagi membentuk dan memupuk jati diri di kalangan anak muda generasi kini. Usaha yang diambil oleh pihak Kementerian lantaran isu semasa seperti cabaran integrasi antara kaum di Malaysia seharusnya dipuji kerana ia merupakan satu inisiatif positif bagi membantu membentuk satu bangsa Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, majoriti responden bersetuju dengan relevansi pendidikan ketamadunan yang diberikan kepada pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana subjek ini berjaya memberi manfaat serta pengetahuan tentang sejarah selain mendidik responden tentang akhlak, tingkahlaku dan adab dalam kehidupan. Dengan menggunakan kaedah kuantitatif, seramai 92 orang responden telah bekerjasama di dalam kajian ini. Secara asasnya, salah satu asas utama yang menaikkan semangat pelajar untuk mempelajari dan memahami pelajaran ini adalah dengan mempunyai guru yang bersemangat dalam mengendalikan subjek ini. Justeru itu, kajian ini ingin menyatakan tentang kepentingan relevansi pendidikan ketamadunan beserta keperluan guru dalam menerapkan persepsi positif terhadap pengambilan subjek TITAS sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar tempatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurul Farhanah Mohd Nasir, Fadhilah Abdul Ghani, Munirah Salamat, & Sakinah Husain4. (2024). KAJIAN KERELEVANAN PENDIDIKAN KETAMADUNAN (SUBJEK MATAPELAJARAN UMUM: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA - TITAS) DI SALAH SEBUAH UNIVERSITI SWASTA, SELANGOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2924
Issue
Section
Articles