HUBUNGAN KEMAHIRAN PERANCANGAN STRATEGIK DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN KETUA–KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Authors

  • Zahari Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Justinah Tulis Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan kemahiran perancangan strategik dengan komitmen organisasi dalam kalangan ketua-ketua panitia sekolah menengah di Daerah Kota Belud, Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini melibatkan 62 orang Ketua Panitia mata pelajaran dari lapan buah sekolah menengah di daerah Kota Belud, Sabah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik inferensi iaitu ujian-t, Anova Sehala dan Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan kemahiran perancangan strategik berdasarkan jantina dan pengalaman sebagai Ketua Panitia mata pelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran perancangan strategik dengan komitmen organisasi. Dalam kajian ini, pengkaji telah mencadangkan beberapa usaha yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran teknikal dan kemanusiaan guru-guru dalam membina perancangan strategik yang berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Zahari Hashim, & Justinah Tulis. (2024). HUBUNGAN KEMAHIRAN PERANCANGAN STRATEGIK DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN KETUA–KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(18). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2925