HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER AKHIR POLITEKNIK
Abstract
Kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi adalah antara kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap graduan sebagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Kajian ini adalah bagi mengenal pasti hubungan di antara kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 125 orang pelajar semester akhir sesi Jun 2017, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang terdiri dari program Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran dan Diploma Pengajian Perniagaan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpulkan data. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi hasil dari ujian rintis adalah 0.890. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi dengan nilai signifikan, p<0.01. Ujian korelasi menunjukkan hubungan yang sederhana di antara dua pembolehubah ini dengan nilai korelasi, r = 0.461. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi dapat ditingkatkan melalui aktiviti kerja berpasukan yang dilaksanakan disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Halijah Ngadiman, & Mohd Faizal Jamaludin. (2024). HUBUNGAN DI ANTARA KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER AKHIR POLITEKNIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2928
Issue
Section
Articles