KESEDIAAN GURU BAHASA KADAZANDUSUN TERHADAP PENGGUNAAN PAKEJ PERISIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, SATU TINJAUAN DIBEBERAPA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH TAMPARULI SABAH

Authors

  • Norjietta Julita Taisin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim Perak
  • Tajip Tassan Institut Perguruan Kent Tuaran, Sabah
  • Robe’ah Yusuf Pusat Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesediaan guru bahasa Kadazandusun terhadap penggunaan pakej perisian kursus sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian menjurus kepada kemahiran, sikap, kesediaan dan strategi yang digunakan oleh guru bahasa Kadazandusun dalam melaksanakan PdP berasaskan teknologi komputer. Kajian ini melibatkan 68 orang guru bahasa Kadazandusun. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS 23.0. Manakala reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan deskriptif dengan mengggunakan borang soal selidik yang mengandungi 32 item. Alat statistik yang digunakan ialah min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan darjah persetujuan adalah positif dari segi tahap kemahiran guru terhadap asas penggunan ICT dalam proses PdP (min =3.50) . Dapatan kajian juga menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan pakej perisian kursus (min =3.87). Manakala dapat kajian juga menunjukkan bahawa kesediaan guru yang amat positif terhadap penggunaan media tersebut (min = 3.74) dan positif dari segi pengaplikasian strategi pengajaran semasa proses PdP (min = 3.75). Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru bahasa Kadazandusun adalah positif terhadap penggunaan pakej perisian kursus yang berasaskan teknologi komputer sebagai media dalam PdP. Implikasi kajian, walaupun guru bersikap positif terhadap penggunaan media tersebut tetapi memerlukan kerjasama dari semua pihak khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia, penggubal kurikulum dan guru-guru bagi memperbaiki atau memastikan tahap kemahiran dan keberkesanan latihan kemahiran dalam kalangan guru-guru yang terlibat dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norjietta Julita Taisin, Tajip Tassan, & Robe’ah Yusuf. (2024). KESEDIAAN GURU BAHASA KADAZANDUSUN TERHADAP PENGGUNAAN PAKEJ PERISIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, SATU TINJAUAN DIBEBERAPA BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH TAMPARULI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2929