KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL INTERAKTIF TERHADAP PENCAPAIAN MEMBACA MURID PEMULIHAN

Authors

  • Ratna Mohd Razali Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Adenan Ayob

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar dalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dan 3 untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan Modul Interaktif berbentuk komik. Tajuk kajian ini ialah “Keberkesanan Penggunaan Modul Interaktif Terhadap Pencapaian Membaca Murid Pemulihanâ€. Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Saint Aidan (M), Bahau dan Sekolah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting, Bandar Seri Jempol. Kedua-dua sekolah terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Responden kajian seramai lima belas orang. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti keberkesanan Modul Interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid pemulihan; kedua, menghuraikan penggunaan Modul Interaktif menarik minat murid pemulihan untuk membaca, dan ketiga ialah mengenal pasti penggunaan Modul Interaktif sesuai digunakan dalam program pemulihan bacaan sebagai bahan bantu mengajar. Pengkaji memilih penyelidikan kualitatif dan kaedah kajian tindakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data kajian terdiri daripada analisis dokumen, pemerhatian, temubual dan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan triangulasi data dan perisian komputer ATLAS.ti. Kajian ini dijalankan berpandukan model Stephen Kemmis & Mc Taggart dan Model Penyelidikan Johnson. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan di samping menarik minat murid untuk membaca. Implikasi daripada kajian ini, guru-guru Bahasa Malaysia boleh mengintegrasikan penggunaan Modul Interaktif dalam pengajaran mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ratna Mohd Razali, & Adenan Ayob. (2024). KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL INTERAKTIF TERHADAP PENCAPAIAN MEMBACA MURID PEMULIHAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(19). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2930