HUBUNGAN PENGAJARAN GURU DENGAN TINGKAH LAKU PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN

Authors

  • Nor Baizura Muhamad Talkis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Radin Siti Aishah Radin A. Rahman 3Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman 3Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan pengajaran guru dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama di daerah Sepang, Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, dan proses pengumpulan maklumat diperoleh melalui soal selidik. Seramai 119 orang pelajar sekolah menengah agama di daerah Sepang yang mengambil mata pelajaran Perniagaan telah dipilih untuk menjadi responden kajian. Kajian ini menggunakan prosedur pensampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik yang mengandungi 25 item telah digunakan dan dianalisis menggunakan SPSS versi 22 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala, analisis inferensi pula ialah ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati tahap pengajaran guru dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis statistik inferensi pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengajaran guru dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar. Gambaran keseluruhannya menunjukkan pelajar sekolah menengah agama mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, hanya strategi pemupukan keusahawanan yang masih perlu dibimbing dan dipertingkatkan. Justeru, implikasi daripada kajian ini membawa kepada cadangan program pemantapan pengetahuan, kemahiran serta kaedah pengajaran guru dalam menyemai efikasi kendiri dan kompetensi keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak yang berkaitan dalam mewujudkan kepelbagaian inisiatif yang sesuai bagi mencapai hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Baizura Muhamad Talkis, Radin Siti Aishah Radin A. Rahman, & Norasmah Othman. (2024). HUBUNGAN PENGAJARAN GURU DENGAN TINGKAH LAKU PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2951