TAHAP AMALAN DAN PERBEZAAN KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SIMUNJAN MENGIKUT DEMOGRAFI

Authors

  • Jeniffer George Gantung Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia.
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan dan perbezaan kepimpinan keusahawanan dalam kalangan pentadbir sekolah dan amalan kepimpinan keusahawanan mengikut demografi. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada kaedah soal selidik. Seramai 150 orang pentadbir terlibat dari empat buah sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak. Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21 digunakan dalam menganalisis data dan diproses menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan keusahawanan pentadbir lelaki dan pentadbir perempuan adalah pada tahap tinggi dengan pentadbir lelaki dengan min=4.2364, (s. p=0.4949) sementara pentadbir perempuan adalah pada min=4.1596, (s. p=0.51627). Data juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap amalan kepimpinan keusahawanan pentadbir lelaki dan perempuan serta tempoh berkhidmat. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan meningkatkan lagi tahap amalan kepimpinan keusahawanan pentadbir dan kajian masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jeniffer George Gantung, & Norasmah Othman. (2024). TAHAP AMALAN DAN PERBEZAAN KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SIMUNJAN MENGIKUT DEMOGRAFI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2952