AMALAN PENYELIAAN DAN HUBUNGANNYA DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU
Abstract
Kualiti pengajaran guru adalah teras kepada aktiviti penyaluran ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kebanyakan penyeliaan dijalankan sekadar untuk memenuhi keperluan pihak atasan. Sesetengah guru mengatakan bahawa penyeliaan jarang dijalankan. Masa yang singkat diperuntukkan oleh pengetua atau guru besar untuk penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah. Pengetua atau guru besar yang berperanan sebagai penyelia sebenarnya tidak memahami proses atau prosedur yang perlu dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan penyeliaan dan kualiti pengajaran guru serta menguji sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan dengan kualiti pengajaran guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan melibatkan 382 guru dari setiap PPD di Selangor. Skala Likert lima mata digunakan untuk mengenal pasti tahap amalan penyeliaan pengajaran guru dan kualiti pengajaran guru. Kajian menunjukkan bahawa amalan penyeliaan guru dan kualiti pengajaran guru berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan dengan kualiti pengajaran guru. Kajian ini mengesahkan bahawa pentadbir perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan penyeliaan bagi memastikan kualiti pengajaran guru berada pada tahap tinggi. Kajian lanjutan perlu memfokuskan kepada pembolehubah seperti kepuasan kerja guru bagi mengenal pasti sejauhmana tahap kualiti penyeliaan mempengaruhi efikasi guru dan kepuasan kerja guru selain turut melibatkan pihak murid mengenai kualiti pengajaran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ling Chiew Jung, & Norasmah Othman. (2024). AMALAN PENYELIAAN DAN HUBUNGANNYA DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2953
Issue
Section
Articles