PATRIOTISME DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA

Authors

  • Muhamad Azian Saad Universiti Utara Malaysia
  • Mohamad Ali Haniffa Universiti Utara Malaysia

Abstract

Keperluan untuk melestarikan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2014. Pelajar perlu dibekalkan dengan semangat cintakan negara dan sanggup berkorban demi negara tercinta ini. Patriotisme di Malaysia lazimnya dikaitkan dengan pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan golongan belia. Fenomena sebenar di sekolah kini ialah guru-guru tidak berupaya menerapkan patriotisme semasa proses pegajaran dan pembelajaran dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan amalan patriotisme dalam kalangan siswa guru sejarah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik di tiga zon iaitu zon utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), zon timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan zon selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) melibatkan seramai 276 orang siswa guru sejarah di 13 buah kampus IPG. Dapatan kajian menunjukkan siswa guru sejarah mempunyai tahap pemahaman dan amalan patriotisme yang tinggi dalam kalangan siswa guru sejarah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Selain itu, kajian juga membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara pemahaman patriotisme dengan amalan patriotisme dalam kalangan siswa guru sejarah IPG di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhamad Azian Saad, & Mohamad Ali Haniffa. (2024). PATRIOTISME DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2954