PERSEPSI, SIKAP DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN ICT KE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENGGUNAAN PORTAL WEB DI INSTITUSI PONDOK DI KEDAH
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi, sikap dan penerimaan para pelajar institusi pondok di Kedah terhadap pengintegrasian ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam melalui penggunaan portal web. Dalam era ICT kini, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea para pendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penganalisisan data daripada responden-responen yang terdiri daripada seramai 90 orang responden institusi-institusi pondok yang terlibat dengan kajian ini adalah melalui kaedah Ujian Pengukuran Berulangan (paired t-test) untuk membandingkan dua populasi min melalui pemerhatian ke atas ujian pra dan ujian pasca terhadap subjek sampel yang sama. Kesemua responden daripada tiga buah institusi pondok yang terlibat dengan kajian ini diuji dan data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS versi 22.0). Secara keseluruhan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan peningkatan nilai min bagi persepsi, sikap dan penerimaan pelajar daripada sebelum (pra) dan selepas (pos) terhadap penggunaan portal web didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil yang diperolehi menunjukkan portal web yang digunakan dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Pengintegrasian dan perlaksanaan ICT ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di institusi pondok memberikan peluang dan alternatif baru untuk institusi tersebut, para guru dan pelajar menggunakan gaya pembelajaran yang baru berasaskan teknologi berbanding dengan cara yang lama bagi memastikan pembelajaran yang lebih efektif.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Saifolrudin Khalid Mahzan, & Mohamad Khairi Hj Othman. (2024). PERSEPSI, SIKAP DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN ICT KE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENGGUNAAN PORTAL WEB DI INSTITUSI PONDOK DI KEDAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2973
Issue
Section
Articles