UNSUR PENDIDIKAN MELALUI KONFLIK WANITA TRADISI DALAM SYAIR SITI ZUBAIDAH

Authors

  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nordiana Hamzah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi nilai yang terdapat dalam watak wanita melalui teks Syair Siti Zubaidah. Makalah ini juga menghuraikan bagaimana Syair Siti Zubaidah menampilkan konflik tentang wanita yang meletakkan wanita tradisi sebagai seorang yang berani serta keluar daripada nilai tradisi wanita-wanita sebelumnya. Makalah ini akan memanfaatkan pendekatan struktural dan sosiologikal. Pendekatan struktural melihat teks sebagai dunia kata-kata yang autonomous dan rujuk kendiri yang melihat teks sebagai dunia yang tertutup. Bacaannya memberi tumpuan kepada aspek-aspek intrinsik teks terutama yang difokuskan adalah aspek-aspek tema. Walaupun tertutup tetapi pendekatan struktural membenarkan teks dikaitkan dengan teks-teks lain “does not look through and beyond the text but concentrates on matters of style, internal organization and cross reference to other literary works†(Barthes, 1987). Analisis kontekstual pula bertitik tolak daripada pendekatan sosiologi sastera yang melihat sastera sebagai produk budaya “art is a social product†(Janet Wolff, 1979). Dalam Syair Siti Zubaidah, tema tentang wanita lebih berfokus kepada kebebasan wanita untuk berdikari, setia kepada suami sehingga menjadikannya wanita pejuang, bersaing seiring dengan lelaki dan berani memperjuangkan hak demi menuntut kebenaran. Peranan tokoh wanitanya adalah berlandaskan konteks zaman Islam yang sememangnya adalah agama pertama yang memberi emansipasi kepada golongan wanita. Syair ini adalah syair yang banyak memaparkan konflik-konflik yang dialami oleh watak wanitanya dan latar zaman yang mempengaruhi perkembangan watak wanita ini menyebabkan sikap watak wanitanya amat berbeza dengan watak wanita zaman sebelumnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, & Nordiana Hamzah. (2024). UNSUR PENDIDIKAN MELALUI KONFLIK WANITA TRADISI DALAM SYAIR SITI ZUBAIDAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2982