PEMBANGUNAN SISTEM PROTOTAIP E-PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN TEKNOLOGI WEB DI INSTITUSI PONDOK DI KEDAH

Authors

  • Saifolrudin Khalid Mahzan
  • Mohamad Khairi Hj Othman Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sint

Abstract

Membangunkan satu sistem prototaip E-Pendidikan Islam sebagai bahan bantu mengajar sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan pengajaran berasaskan teknologi. Sistem tersebut diuji dalam pembelajaran Pendidikan Islam di institusi-institusi pondok yang berkaitan di Kedah. Penyelidik memilih perisian program Macromedia Dreamweaver dan pembangunan sistem model ADDIE sebagai asas pembangunan sistem mengikut kesesuaian kajian. Proses pembangunan sistem prototaip ini melibatkan 5 fasa asas iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pakar penilaian sistem dan isi kandungan pembelajaran dirujuk bagi mendapatkan kesahan tentang kesesuaian penggunaam sistem prototaip yang dibangunkan tersebut di dalam kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi adalah merupakan hasil akhir sistem prototaip yang siap dibangunkan mengikut lima (5) fasa model ADDIE. Ianya juga merangkumi keputusan yang telah dibuat oleh panel penilaian pakar yang telah dilantik untuk menilai tentang kecekapan penggunaan dan pengendalian sistem prototaip yang dibangunkan dan isi kandungan pendidikan islam mengikut kesesuaiannya didalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sistem prototaip tersebut sesuai diguna pakai di dalam kajian ini. Pembangunan sistem prototaip E-Pendidikan Islam sebagai bahan bantu mengajar adalah bertepatan dengan kriteria-kriteria keperluan pembelajaran abad ke 21 bagi memperbaiki mutu penyampaian pembelajaran yang lama. Hasil dapatan akan memberikan impak yang sangat besar kepada para guru dan pelajar institusi pondok yang terlibat dengan kajian ini kerana ianya boleh dijadikan sebagai panduan dalam meningkatkan mutu dan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di institusi-institusi pondok di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saifolrudin Khalid Mahzan, & Mohamad Khairi Hj Othman. (2024). PEMBANGUNAN SISTEM PROTOTAIP E-PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN TEKNOLOGI WEB DI INSTITUSI PONDOK DI KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2985