ANALISIS TEKSTUAL DALAM PENULISAN KARANGAN MURID BAHASA KEDUA

Authors

  • Norfaizah Abdul Jobar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak
  • Normarini Norzan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak
  • Nur Farahkhanna Mohd. Rusli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis komponen tekstual dalam penulisan karangan murid bahasa kedua. Analisis tertumpu pada jenis komponen tekstual (penanda wacana) yang terbentuk melalui pemilihan Tema (awal kata) dalam unit perenggan karangan. Pendekatan analisis dokumen digunakan dalam kajian ini melalui penganalisisan 2013 ayat berdasarkan teori Sistemik Fungsional dan Tatabahasa Dewan. Semua ayat tersebut diekstrak daripada perenggan karangan yang terdiri daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Hasil dapatan menunjukkan pemanfaatan komponen penanda wacana musabab diaplikasikan dalam unit perenggan pendahuluan, penanda wacana tambahan dalam unit isi dan penanda wacana tempoh dalam unit kesimpulan. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru dan murid akan peranan yang dimainkan oleh setiap penanda wacana tersebut dalam membina penulisan yang berkoheren selain dapat memberi impak terhadap kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam kelas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norfaizah Abdul Jobar, Normarini Norzan, & Nur Farahkhanna Mohd. Rusli. (2024). ANALISIS TEKSTUAL DALAM PENULISAN KARANGAN MURID BAHASA KEDUA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2989