CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD KE-21
Abstract
Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan cabaran guru pendidikan khas pada abad ke-21. Dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), pelbagai inisiatif transformasi dirangka dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti dan relevan kepada semua murid termasuklah murid-murid berkeperluan khas. Di samping itu, guru pendidikan khas merupakan agen utama dalam keberhasilan murid berkeperluan khas. Oleh itu, para guru pendidikan khas perlu bersedia dan kompeten untuk melestarikan kesemua aspirasi murid. Namun begitu, guru juga berhadapan dengan pelbagai cabaran pada abad ke-21 seperti komitmen dan bebanan tugas, tahap kompetensi guru yang rendah, pembangunan profesionalisme guru yang terhad, keterasingan program pendidikan khas dalam sistem pendidikan, dan ketandusan sokongan ibu bapa. Selain itu, artikel ini turut membincangkan implikasi dan cadangan penambahbaikan dalam mendepani cabaran guru pendidikan khas pada masa kini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Hannah Aqilah Amran, Rosadah Abd Majid, & Manisah Mohd. Ali. (2024). CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD KE-21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2991
Issue
Section
Articles