PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU ASAS PERNIAGAAN

Authors

  • T. Thamaraiy Toresingam Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Radin Siti Aishah Radin A. Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Anjakan transformasi dalam bidang pendidikan memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT merupakan kesinambungan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang memberi fokus kepada kemahiran menilai, menganalisis, meneroka dan mencipta. Kemahiran ini membolehkan murid bersaing secara global dengan perkembangan kemajuan dunia. Dalam usaha tersebut, mata pelajaran Perniagaan telah diperkenalkan dalam kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memberi fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Namun, kesediaan dan keupayaan guru dalam menyampaikan KBAT masih berada di tahap rendah. Kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan KBAT akan menentukan kejayaan penerapan kemahiran berfikir yang menjadi satu agenda dalam transformasi pendidikan. Justeru itu, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan isu kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap KBAT dan pendekatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terhadap KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu asas Perniagaan. Antara isu yang dikenal pasti ialah ketiadaan faktor kesediaan dalam kalangan guru, kekangan masa, penekanan kepada peperiksaan dan kaedah pengajaran yang masih bersifat konvensional. Dengan ini, dicadangkan supaya guru-guru melakukan pembelajaran terarah kendiri, bimbingan dan pementoran, komuniti pembelajaran profesionalisme, e-pembelajaran dan menerapkan KBAT menggunkan model stesen rotasi pelbagai mod.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

T. Thamaraiy Toresingam, Norasmah Othman, & Radin Siti Aishah Radin A. Rahman. (2024). PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU ASAS PERNIAGAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2992