TAHAP KOMPETENSI GURU (pdpc) SKPMG2 DAN TAHAP KEMENJADIAN MURID
Abstract
Kompetensi guru (pdpc) merupakan salah satu daripda atribut dalam kerangka konsep SKPMG2 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke 2). Oleh itu, kajian ini ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kompetensi guru (pdpc) SKPMG2 dengan kemenjadian murid. Sampel kajian terdiri daripada 310 orang guru di daerah Kuala Langat. Rekabentuk tinjauan dipilih dalam kajian ini. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, peratus dan peratusan. Manakala Analisis Infrensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kompetensi guru (pdpc) SKPMG2 dengan kemenjadian murid. Data dianalisis menggunakan SPSS 22.0.Dapatan kajian mendapati min tahap kompetensi elemen (pdpc) SKPMG2 (4.1991) dan tahap kemenjadian murid (4.0089) berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan menunjukan wujudnya hubungan positif sederhanan dan signifikan antara tahap Amalan Elemen Kompetensi Guru (pdpc) dan tahap Kemenjadian murid [r(308)=0.584,p<0.05]. Peningkatan kemenjadian murid secara tidak langsung dipengaruhi oleh peningkatan amalan kompetensi guru (pdpc) SKPMG2.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Khuzaimah Zaaim, Mohamed Yusoff Mohd Nor, & Shahlan Surat. (2024). TAHAP KOMPETENSI GURU (pdpc) SKPMG2 DAN TAHAP KEMENJADIAN MURID. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(27). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2995
Issue
Section
Articles