AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KEPUASAN KERJA GURU DI DAERAH KUALA LANGAT
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru serta hubungan keduanya di Sekolah Kebangsaan di Daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian dijalankan dari aspek dimensi pertimbangan berasaskan individu, rangsangan intelektual, motivasi inspirasi dan pengaruh yang unggul manakala kepuasan kerja dari aspek pekerjaan itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja. Kajian ini menggunakan soal selidik (B. &. Bass 1990) dan Instrumen Job Descriptive Index (JDI) yang dibentuk oleh (Smith, Kendall dan Hulim 1969) untuk meninjau kepuasan kerja. Data kajian ini dianalisis menggunakan frekuensi peratus, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Sampel Kajian Seramai 271 orang telah diambil dan mendapati Amalan Kepimpinan Transformasi guru besar di lihat berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai Min (min= 4.01; sp=0.79), Tahap kepuasan kerja di tahap tinggi (min=3.91;sp=0.69) dan Amalan Kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru menunjukkan hubungan Korelasi Kuat dan Signifikan antara tahap Amalan Transformasi Guru Besar dan Tahap Kepuasan Kerja [ r (269) = 0.699, p ,0.05]. Dapatan juga mendapati min Kepimpinan Transformasi Guru Besar ( min = 4.01 ) adalah lebih tinggi berbanding Min Kepuasan Kerja Guru (min = 3.91).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Fadhlah Afif Talib, Azlin Norhaini Mansor, & Shahlan Surat. (2024). AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KEPUASAN KERJA GURU DI DAERAH KUALA LANGAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(27). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2996
Issue
Section
Articles