PENGETAHUAN PEDAGOGI MATA PELAJARAN SYARIAH KURIKULUM BERSEPADU DINI DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

Authors

  • Firdaus Abdul Fatah Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Khadijah Abdul Razak Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Maimun Aqsha Lubis Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Mata pelajaran Syariah merupakan satu mata pelajaran yang ditawarkan di dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mata pelajaran ini terdiri daripada beberapa bidang ilmu fiqh dan juga al-Quran wa al-Hifz. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman guru terhadap pengetahuan pedagogi serta pelaksanaan pengetahuan pedagogi dalam kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Pengumpulan data kajian ini diperoleh dengan menemu bual tiga orang guru mata pelajaran Syariah di beberapa buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Selangor. Selain itu, data juga dikumpul melalui, pemerhatian pengajaran dan analisis penulisan rekod mengajar guru. Bagi menjalankan temu bual, pengkaji menyediakan set protokol temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati guru memahami pengetahuan pedagogi serta tahu melaksanakannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Firdaus Abdul Fatah, Khadijah Abdul Razak, & Maimun Aqsha Lubis. (2024). PENGETAHUAN PEDAGOGI MATA PELAJARAN SYARIAH KURIKULUM BERSEPADU DINI DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3013