KEMAHIRAN BAHASA ARAB: PENANDA ARAS AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

Authors

  • Mualimin Mochammad Sahid Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Amar Fettane Department of Science in Engineering, Kulliyah of Engineering, International Islamic University of

Abstract

Terdapat cabaran dalam menguasai bahasa Arab bagi pelajar di institusi pengajian sama ada rendah, menengah mahupun tinggi di seluruh negara. Fenomena lemah dan rendahnya kemampuan pelajar di sekolah dan universiti menjadi satu masalah yang perlu mendapat jawapan dan jalan keluar. Ia adalah punca utama kemerosotan prestasi dan kecemerlangan pelajar dalam matapelajaran dan kursus yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa utama pembelajaran dan pengajaran (PnP). Kejayaan agenda integrasi ilmu naqli dan aqli yang mula populer di kalangan institusi pengajian bergantung kepada tahap kemahiran bahasa Arab. Isu kemahiran bahasa Arab ini jika tidak diberi perhatian akan menjadi halangan dalam menjayakan proses agenda ini. Artikel ini akan membincangkan cadangan kaedah yang boleh digunapakai untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar sama ada yang mengambil kursus pengajian Islam mahupun kursus-kursus yang lain. Di antara kaedah yang digunapakai dalam cadangan meningkatkan kemahiran bahasa Arab pelajar adalah pendekatan berdasarkan latarbelakang kemahiran bahasa pelajar, pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning), kadar kandungan kursus dan juga persekitaran yang baik. Jika cadangan-cadangan ini dilaksanakan dengan baik, ia akan memberi kesan positif dan hasil yang memberangsangkan ke atas peningkatan tahap kemahiran pelajar dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab dan presatasi akademik mereka. Cadangan ini perlu dilaksanakan di peringkat yang lebih luas khasnya institusi-institusi pengajian yang berasaskan Islam agar usaha kejayaan dalam pendidikan berasaskan integrasi Naqli dan Aqli dapat dicapai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mualimin Mochammad Sahid, & Amar Fettane. (2024). KEMAHIRAN BAHASA ARAB: PENANDA ARAS AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3014