KESAN PROGRAM LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) KE ATAS TAHAP KONSEP KENDIRI, KEMAHIRAN KAUNSELING DAN ORIENTASI BELAJAR PELAJAR-PELAJAR

Authors

  • Othman Ab Rahman Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Datin Sapora Sipon Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Roslee Ahmad Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur kesan Program Latihan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke atas tahap Konsep Kendiri (KK), Kemahiran Kaunseling (KG) dan Orientasi Belajar (OB) pelajar-pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah berasrama. Seramai 90 orang subjek kajian telah dipilih dan dibahagikan kepada 3 kumpulan secara rawak. Kajian secara eksperimen ini dimulakan dengan ujian pra menggunakan Skala Konsep Kendiri Tennesse:2, Ujian Kemahiran Kaunseling, Skala Kebiasaan dan Sikap Belajar. Subjek kajian Kumpulan A menjalani Rawatan A (Program Latihan PRS+LAP), subjek kajian Kumpulan B yang menjalani Rawatan B (Program Kaunseling sahaja) manakala subjek Kajian Kumpulan C pula adalah kumpulan kawalan. Pada akhir kajian, ujian post menggunakan alat ukur yang sama seperti ujian pra dijalankan terhadap semua subjek kajian. Analisis MANOVA pada ujian pra KK, KG dan OB pada ketiga-tiga kumpulan A, B dan C menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Analisis MANCOVA pada ujian post bagi ketiga-tiga pembolehubah KK, KG dan OB antara kumpulan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, p=0.000 (p<0.05). Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan terdapat kesan yang signifikan dari aspek Konsep Kendiri (KK), Kemahiran Kaunseling (KG) dan Orientasi Belajar (OB) terhadap subjek yang menjalani Program Latihan PRS+LAP berbanding dengan subjek kajian yang hanya menjalani Program Latihan PRS sahaja apalagi kumpulan C yang berperanan sebagai kumpulan kawalan. Pembentukan kumpulan PRS di sesebuah institusi pendidikan mampu meningkatkan tahap pengurusan kaunseling dan kepemimpinan pelajar ke arah menjadi role model yang berkesan kepada rakan sebaya dan seterusnya melahirkan generasi Islam yang berjaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Othman Ab Rahman, Datin Sapora Sipon, & Roslee Ahmad. (2024). KESAN PROGRAM LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) KE ATAS TAHAP KONSEP KENDIRI, KEMAHIRAN KAUNSELING DAN ORIENTASI BELAJAR PELAJAR-PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3015