PEMIKIRAN IBN AL-HAYTHAM BERKENAAN ASPEK ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Abstract
Ibn al-Haytham merupakan seorang ilmuwan Islam yang terkenal dalam bidang fizik, khususnya dalam optik dan astronomi. Walau bagaimanapun, makalah ini bertujuan menganalisis pemikirannya berkenaan pengajaran dan pembelajaran sungguhpun beliau tidak berkecimpung dalam bidang pendidikan. Maklumat berkenaan latar belakang kehidupan beliau tidak banyak disebut, malah beliau dilihat tidak mempunyai sebarang penulisan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, makalah ini cuba meneliti beberapa penulisan autobiografi Ibn al-Haytham seperti dalam karya al-Bayhaqi, al-Qifti dan Ibn Abi Usaybi‘ah menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengekstrak pemikirannya tentang etika dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, karya utama beliau iaitu Kitab al-Manazir juga diteliti untuk tujuan tersebut. Hasilnya, makalah ini dapat mengenal pasti beberapa aspek etika pengajaran dan pembelajaran beliau sepanjang hayatnya. Antaranya ialah mengambil upah mendidik sekadarnya, menguji kesungguhan bakal pelajar dan menerapkan kebijaksanaan ilmuwan terdahulu dalam pendidikan sepanjang hayat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Syahmir Alias. (2024). PEMIKIRAN IBN AL-HAYTHAM BERKENAAN ASPEK ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3016
Issue
Section
Articles