UJIAN CIRI PSIKOMETRIK KE ATAS INSTRUMEN PENILAIAN ORIENTASI MATLAMAT

Authors

  • Maziahtusima Ishak Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Norhasni Zainal Abiddin Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
  • Fathiyah Mohd Fakhruddin Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Mikail Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan instrumen Multidimensional Goal Orientation Scale oleh Zweig dan Webster (2004) bagi mengukur orientasi matlamat dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah agama swasta. Orientasi Matlamat merupakan satu konstruk yang semakin mendapat perhatian para penyelidik bagi memahami bagaimana seseorang membina, memperoleh atau menunjukkan kecekapan dalam pembelajaran dan prestasi. Terdapat tiga (3) faktor yang digunakan untuk mengukur Orientasi Matlamat iaitu: (1) Orientasi Matlamat Pendekatan-Pencapaian (Performance Orientation Approach); (2) Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian (Performance Orientation Avoidance) dan (3) Orientasi matlamat Pembelajaran (Learning Orientation). 171 orang guru pendidikan Islam di sekolah agama swasta menengah dan rendah sekitar Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian rintis. 21 item daripada instrumen asal diterjemah ke Bahasa Melayu dan diterjemah semula ke Bahasa Inggersi menggunakan kaedah back translation. Kebolehpercayaan instrumen ditentukan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Alpha Cronbach dan didapati nilai tersebut adalah berada antara .74 dan .91. Nilai keseluruhan Alpha Cronbach bagi instrumen ini pula ialah .84. Instrumen ini didapati memenuhi ciri-ciri psikometrik sebuah instrumen yang baik dan boleh digunakan dalam konteks kajian yang berbeza.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin, Fathiyah Mohd Fakhruddin, & Mikail Ibrahim. (2024). UJIAN CIRI PSIKOMETRIK KE ATAS INSTRUMEN PENILAIAN ORIENTASI MATLAMAT . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3047